Friday 5 July 2013

Cina Sudah Lama Boikot Barang Bumiputera

http://www.pisau.net/cina-sudah-lama-boikot-barang-bumiputera/


Kempen ‘Buy Chinese Last’ kini dipergiat di kalangan kaum Bumiputera walaupun dikecam oleh kaum Cina. Media berbahasa Cina dan Inggeris yang pro-pembangkang juga semakin hebat mengutuk tindakan kaum Melayu memboikot barangan Cina.
Dalam mereka berkata bahawa kaum Cina tidak akan terjejas dengan kempen ini, mereka terus menghentam kerajaan, terutama kepimpinan, kerana tidak mengekangnya. Di masa yang sama, mereka turut mempamerkan keangkuhan menyuruh kaum Melayu agar jangan bekerja dengan mereka lagi jika benar-benar ingin memboikot mereka. Malah, mereka juga mengungkit-ungkit bahawa merekalah pembayar cukai terbanyak dan negara tidak akan ke mana tanpa mereka.
Tanpa sedar, mereka sebenarnya mengesahkan bahawa mereka tidak pernah ditindas dan kerajaan serta kaum Melayu tidak pernah bersikap rasis terhadap mereka selama ini. Dari mana mereka memperoleh kekayaan dan mampu membayar cukai jika bukan dari dasar Barisan Nasional yang tidak pernah meminggirkan mereka? Dari mana mereka mendapat pelanggan jika daya beli itu bukannya datang dari majoriti kaum di negara ini? Dari mana mereka mendapat pekerja jika bukan dari berbilang bangsa, terutamanya pekerja bawahan?
Bukan kita tidak tahu bahawa kaum mereka yang bodoh dan malas sering diberi jawatan dan gaji tinggi di syarikat milik mereka sementara kaum Melayu yang bijak tetap akan diketepikan atas alasan kononnya Melayu itu malas dan bodoh? Ini adalah jawapan biasa bagi kaum Cina untuk membela diri atas sikap rasis mereka. Sudah sampai masanya kaum Melayu menangkis jawapan mereka ini.
Bukan kita tidak tahu bahawa walau sebodoh mana pun seorang Cina yang datang memohon kerja di kilang, beliau akan diberi kerja di pejabat. Tetapi anak Melayu dengan kelulusan diploma boleh saja diberi kerja ‘operator pengeluaran’.


Adalah merupakan perkara biasa di dalam sektor swasta jika melihat anak Cina yang buta komputer diberi gaji eksekutif tetapi anak Melayu yang mampu menyediakan laporan kewangan dan membuat ‘presentation’ kepada pelanggan diberi gaji yang lebih rendah dari anak Cina bodoh itu. Selain itu, melihat bos Cina yang haram tidak tahu membaca laporan berbahasa Inggeris dan bergantung sepenuhnya pada Setiausaha Melayu untuk melakukan kerjanya juga merupakan antara gambaran lazim di sektor swasta.
Pendek kata, tidak ada seorang pun di dunia ini yang sikapnya sama dan jelas di sini bahawa kaum Cina sendiri ramai yang bodoh malah teramat baghal sehinggakan Bahasa Malaysia yang mudah itu juga tidak dapat mereka kuasai.

Kerana bodohlah kaum Cina lebih ramai ke Universiti Swasta kerana di sana kelayakan tidak begitu ketat asalkan ada duit. Kerana bodohlah kaum Cina ramai tergila-gila membuka salon pusat hiburan untuk anak-anak dara mereka yang bodoh bekerja. Kerana bodohlah, kaum Cina terpaksa menghisap kebijaksanaan kaum lain dan kemudiannya menikam belakang mereka untuk mengambil nama.
Penulis bercakap berdasarkan pengalaman setelah bekerja di enam buah syarikat yang diterajui Cina. Di syarikat-syarikat ini, walaupun kebanyakannya adalah milik bangsa asing tetapi sekiranya yang menjadi penerajunya adalah Cina, maka sampai matilah tiada Melayu yang dapat menduduki kerusi pengurusan atasan selain dalam Jabatan ‘Human Resource’ atau ‘Hal-ehwal Kerajaan’. Melihat Cina bodoh mempergunakan akal dan tenaga Melayu bijak untuk mendapat nama adalah perkara yang terlalu amat biasa.
Hakikatnya, Melayu dan Cina sama saja, ada yang bodoh ada yang bijak, dan ada yang malas serta ada yang rajin.
Jika ingin tahu kaum Cina bijak atau bodoh, ajaklah mana-mana kaum Cina dari universiti swasta itu berbincang secara ilmiah tentang pengetahuan am, sejarah dan pemikiran. Majoriti mereka yang terasa bijak itu, langsung tidak tahu apa-apa selain mengira duit dan keuntungan.

Dan kerana Cina ada yang bodoh jugalah maka Red Bean Army menghantar beratus-ratus komen terhadap artikel-artikel mengenai ‘Buy Chinese Last’ di internet tanpa seorang pun dari mereka mempunyai wajah identiti diri. (Ingat orang bodoh macam mereka jugak ke tak tau itu kerja Red Bean Army?) Sedangkan, jika dilihat dari komen maya bagi artikel-artikel di laman web lain, hampir semuanya merupakan individu berwajah.
Oleh itu, tidak usahlah kaum Cina berbangga dengan kebodohan sendiri. Ketahuilah bahawa keangkuhan itu sendiri adalah cerminan kebodohan. Sudahlah bodoh, hipokrit pula. Sudah menumpang, angkuh pula. Sudah merampas semua, menafikan pula. Di mana lagi maruah kaum Cina? Patutlah Mat-mat Saleh Australia dan Amerika semakin ramai yang meluahkan kebencian terhadap kaum Cina di negara mereka.
Dengan mengecam kempen ‘Buy Chinese Last’ lebih lagilah terserlah bodohnya. Ini kerana, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa semenjak azali lagi kaum Cina memboikot barangan bumiputera. Bukan kita tidak tahu bahawa hampir semua pasaraya yang dikuasai Cina tidak akan menerima produk bumiputera atas alasan tidak berkualiti dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah, jangankan produk bumiputera tidak akan dijual tetapi peniaga bumiputera juga akan ditindas semahu-mahunya.
Antara yang telah menjadi heboh ialah ‘Kelantan Delight’ di KLCC dan bagaimana mereka mengekang peniaga bumiputera di Alamanda. Begitu juga Subang Parade dan di semua kawasan komersial yang dikuasai mereka.
Mereka melakukannya dengan menaikkan harga sewa sesuka hati ke atas peniaga bumiputera tetapi memberi kelonggaran penuh kepada peniaga kaum mereka. Di rumah-rumah kedai biasa pula, kaum Cina sanggup memberi sewa RM300 kepada peniaga bangsanya, tetapi RM800 kepada bangsa lain kerana sikap perkauman yang begitu tebal.

Tidak cukup dengan itu, mereka cukup pantang melihat produk Melayu maju, maka pantaslah mereka mengatur strategi mengsabotajnya. Roti Gardenia adalah antara yang paling hangat diperkatakan kerana Cina memang amat memusuhi Tan Sri Syed Mokhtar yang menjadi pemiliknya, hanya kerana beliau merupakan seorang taikun Melayu. Kononnya beliau mendapat keistimewaan dan peluang dari kerajaan hanya kerana beliau Melayu, tetapi taikun-taikun Cina yang jauh lebih ramai kerana turut mendapat peluang memonopoli itu dan ini dari kerajaan tidak apa pula.

Ada kalanya, peniaga Cina terlebih dahulu bertindak membeli atau mengedar produk bagi pihak pengeluar Melayu dan kemudiannya sedikit demi sedikit merosakkan produk tersebut sehingga ia tidak lagi dipercayai sebelum mengambil-alih pengeluarannya.
Soalnya, kenapa kaum Cina perlu mengsabotaj produk bumiputera dan begitu berdendam dengan seorang taikun Melayu yang seorang itu? Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana mereka tahu bahawa Melayu punya potensi untuk turut maju seiring dengan mereka.

Oleh itu walaupun mereka sering melaung akan kepentingan bersaing secara sihat, tindakan mereka memboikot dan mengsabotaj produk bumiputera dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka sebenarnya amat takut untuk bersaing. Walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan miskin jika turut bersaing dengan kaum lain tetapi mereka sengaja tidak mahu melihat kaum lain turut senang kerana hati mereka terlalu busuk.
Justeru, walaupun penulis seorang yang tidak suka pada seruan ke arah perkauman, tetapi penulis menyokong penuh kempen boikot barangan Cina. Bukan kerana rasis, tetapi kerana penulis menyokong ‘persaingan sihat’.

Boikot perlu dibalas boikot. Noktah.

SOKONG RESTORAN MELAYU!!!

Anda wajib menyokong dan makan hanya di restoran2 milik orang Melayu, kerana sudah disahkan barang2 mentah seperti ayam dan daging, sudah disembelih mengikut syarat2 Islam. Anda tidak perlu ragu2 tentang kesucian makanan di restoran2 ini...

1.A&W (Milik KUB)
2.Burger King (Milik Ekuinas)
3.The Manhattan Fish Market (Milik Ekuinas)
4.Poppeyes (Milik Ekuinas)
5.San Francissco (Milik Ekuinas)
6.Tutti Frutti Ice Cream (Milik Naza)
7.Ramly Burger (dijamin masih milik melayu)
8.Otai Burger (Melayu)
9.1901 Hot Dog Fast Food (Melayu)
10.Burger Bakar Abg Burn (Melayu)
11.HPA Radix Fried Chicken (RFC)
12.Old Malaya Kopitiam (Selangor)
13.Lam Yong Kopitiam (Selangor)
14.Jonker Walk Kopitiam (Selangor)
15.Lay Pak Kopitiam (KL)
16.Umai Kopitiam (Negeri Sembilan)
17.Pak Tam Kopitiam (Negeri Sembilan)
18.Manjung Kopitiam (Perak)
19.D'Impian Kopitiam (Johor)
20.Mai Kopitiam (Kedah)
21.Umai Kopitiam
22.Kfc (Milik Qsr Brands)
23.Pizza Hut (Milik Qsr Brands)
24.Rasamas (Milik Qsr Brands)
25.Ayamas (Milik Qsr Brands)
26. The Loaf

INGAT, MAKANLAH TANPA WAS2 DI RESTORAN MILIK ORANG MELAYU. SUDAH TERBUKTI, STATUS HALALNYA TERJAMIN.


BOIKOT RESTORAN CINA!!!

Adakah restoran2 di bawah ini adalah ditanggung halal? Kerana barang2nya diambil daripada pembekal cina macam ayam dan daging. Kerana semuanya kepunyaan taukey cina dan ada sesetengah pekerjanya adalah warga Nepal atau Myanmmar, seperti Restoran Old Town White Coffee.



1.The Chicken Rice Shop
2.Old Town White Coffee
3.Mc Donald
4.Kenny Rogers
5.Papa John’s Pizza
6.Wendy’s Hamburger
7.Krispy Kreme
8.Starbucks Coffe
9.Kyros Kebab
10.TGi Fridays
11.Dave’s Deli
12.Baskin Robin’s
13.Coffee Bean
14.Domino’s Pizza
15.Carls JR
16.Secret Recipe
17.MarryBrown
18.Dominos Pizza
19.Kemaman Kopitiam
20.Paparich
21.Pak Li Kopitiam
22.Pak Hailam Kopitiam
23.Mr.Kaya Kopitiam
25.Roti Bakar Kopitiam
26.Victoria Station
27.ChaTime
28. Nandos

INGAT, JIKA ANDA MAKAN DI RESTORAN2 DI ATAS, STATUS HALALNYA TIDAK TERJAMIN. SUDAH BANYAK BUKTI, MEREKA MEMBELI ATAU MENCIPLAK STATUS HALAL TERSEBUT. CONTOHNYA KES ROTI HI5, BILA TERBUKTI ADA LEMAK BABI DI DALAM ROTI TERSEBUT. JIKA ANDA MAKAN DENGAN WAS2 DAN ANDA TAHU ANDA MAKAN DI RESTORAN MILIK CINA, STATUS PEMAKANAN ANDA BOLEH DIKIRA SEBAGAI MAKRUH ATAU HARAM. ELAKKAN MENDAPAT DOSA, DENGAN MAKAN DI RESTORAN YANG 100% DIJAMIN STATUS HALALNYA.




Boikot Cina DAP akan perkasakan ekonomi Melayu!

 The Unspinners  6/17/2013

FAKTA ... Selama 56 Tahun Orang Cina TELAH MEMULAUKAN perniagaan Orang Melayu.

Menarik LIBASAN (bukan kupasan) yang dipaparkan oleh blogger GAP. Artikel selanjutnya, klikGAP

Puak-puak KIASU sebenarnya semakin PANAS BONTOT dengan kempen BOIKOT BARANGAN CINA (BBC(D)). 
Tidak menghairankan apabila peniaga-peniaga KIASU ini mula mengugut dan melancarkan kempen yang sama terhadap barangan keluaran ORANG MELAYU.

Sejak kempen yang dilakukan oleh beberapa NGO Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bloggers dan facebookers; puak-puak KIASU ini mula menuduh cadangan ini bersifat PERKAUMAN dan mampu memberi kesan kepada EKONOMI NEGARA.


Khas untuk ORANG MELAYU, jangan percaya dengan RETORIK puak-puak KIASU ini ... 

Ini 'reverse psychology' untuk ORANG MELAYU yang lemah dan kurang berfikir. Ini juga 'reverse psychology' agar KANTUNG puak-puak KIASU masih terus bernyawa dengan SIFAT MURAH HATI ORANG MELAYU.

KANTUNG inilah yang digunakan untuk menghancurkan KUASA POLITIK Orang Melayu dan Bumiputera dengan cara MENGGULINGKAN Kerajaan yang ditadbir oleh ORANG MELAYU.


Lihat, analisa dan kaji carta Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dibawah ini sebagai rujukan. Fakta dan angka tidak akan berbohong dan tidak mampu berbohong. 


1) Anggaran 61.3 peratus (17.35 juta orang) adalah ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam merupakan penduduk di negara ini. Berapa besar KUASA MEMBELI (purchasing power) ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA di Malaysia ?

2) 17.35 juta ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam membeli barangan dari puak-puak KIASU pada tahun 2010. 
Berapa banyak barangan yang dibeli dari puak-puak KIASU sejak 56 tahun yang lalu ?

Baca semua 10 hujah-hujah yang menyokong Boikot Cina DAP akan perkasakan ekonomi orang Melayu/Bumiputera di Gelobang Wangsa Maju SINI

HOT NEWS! Melayu Kena Tipu Lagi Sekali!


Adalah sesuatu yang mengejutkan pada teman sendiri dan mungkin kepada sebahagian daripada orang Melayu. Kebiasaannya produk-produk pemakanan "HALALAN TOYIBBAN" yang "berselerak" di seantario negara, kita beranggapan bahawa produk tersebut adalah daripada pengusaha Melayu dan Islam. Tambahan pula jenama-jenama yang digunakan dengan nama-nama Melayu dan berbunyi sedikit "Arabic" dengan mudah menyakinkan pengguna-pengguna Melayu Islam.

Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding bangsa lain. Kuasa beli orang Melayu dikatakan mencecah 80 peratus berbanding dengan bangsa lain di negara ini. Maka tidak hairanlah banyak jenama-jenama yang "DI MELAYUKAN" dan "DI ISLAMKAN" baik dari segi produk-produk pemakanan mahupun premis-premis penjualan.



Cerita berkaitan gambar boleh rujuk link : Boikot Barangan Cina DAP , Sinaria Corporation, SINC.KL1 dan SINC.KL2

Namun dengan kebangkitan dan kesedaran Melayu dan Islam kebelakangan ini (Selepas PRU13) yang mahu mengutamakan produk-produk Melayu dan Islam, telah membuka mata banyak pihak (walaupun pak-pak menteri masih lagi meraikan kemenangan dan perlantikan jawatan yang dipegang). 

Kewujudan beberapa blog dan facebook page telah banyak membongkar kegiatan-kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh yang popular "Boikot Barangan Cina DAP dan "Sokong Produk Melayu Islam". Apabila dibuat penyelidikan dan siasatan, didapati produk-produk yang didakwa "HALALAN TOYIBBAN" ini diusahakan oleh bukan Melayu dan Islam. Sehingga ada syarikat-syarikat pengeluar yang dimiliki bukan Melayu Islam meletakkan "ALI BABA" sebagai mengaburi mata-mata Melayu yang asyik berpolitik sempit 24 jam.


Kesannya adalah kepada produk itu sendiri khususnya produk-produk pemakanan. Persoalan yang timbul ialah sejauhmana kebersihan dan kesucian produk-produk tersebut serta halal untuk digunakan oleh orang Melayu Islam. Jika ada pun, setakat mana ianya akan bertahan sekiranya pengusaha adalah seorang bukan Islam. Seterusnya daripada aspek ekonomi orang Melayu Islam yang dilihat tidak akan berkembang malah semakin menguncup dek "ALI BABA" yang semakin berselerakan.

Kesal dan kecewa apabila pak-pak Menteri gagal melihat perkara ini sebagai satu yang serius. Sekadar "AMARAN" adalah mencukupi bagi "pak-pak Menteri" bagi menampakkan tindakan telah diambil. Namun tindakan tersebut tidak mendatang kesan apa-apa malah bertambah barah tak terbendung hingga "tsunami PRU13" melanda politik negara. Kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang dicanang-canangkan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu hanya berjaya pada sesetengah bidang khususnya Felcra, Felda dan Risda (sebagai contoh). Namun dari aspek perniagaan, boleh dikatakan "gagal sama sekali" dan kejayaan hanya tertumpu kepada "nama-nama besar".

Mungkin kemelut ini akan terus berpanjangan jika pak-pak Menteri yang empunya kuasa yang  masih terpaksa berlutut memohon "simpati undi Cina". Orang Melayu akan terus gagal dan ditipu dalam sistem diskriminasi ala Yahudi ini.

#SakitHatiKenaTipu


Baca Selanjutnya: 
http://apple-bru.blogspot.com/2013/06/hot-news-melayu-kena-tipu-lagi-sekali.html#ixzz2Xd8ikLw1

Zamkata Cina pulaukan pimpinan Melayu, Melayu pulaukan barangan Cina, salahkah?

Mengikut blogger Syed Akbar Ali:

“You can see very, very clearly that the Pakatan Rakyat has won the popular vote in those States with large Chinese populations ie Penang, Perak and Selangor plus WP Kuala Lumpur.”
Sebenarnya Pakatan menang di empat negeri yang mempunyai “large Chinese [voting] populations” atas dasar masyakarat Cina mendaftar dengan jauh melebihi nisbah mereka sebagai pecahan penduduk (contohnya di Pulau Pinang, Cina adalah 45.6% penduduk tetapi 53.4% pengundi).
Kajian SAA boleh dibaca di blognya hari ini.
Kesimpulan: Tak lain dan tak bukan, ia tsunami Cina yang memenangkan undi popular bagi pihak pembangkang.

Kemenangan DAP 95% di kawasan majoriti Cina

Dalam PRU13, PKR bertanding 99 kerusi Parlimen dan mengutip sejumlah 2,254,328 undi semua sekali.
PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan memperoleh 1,633,389 undi kesemuanya.
DAP yang bertanding 51 kerusi Parlimen berjaya mengumpul 1,736,267 undi.
Andaikata kita membuat kiraan purata, maka
·         PKR mendapat sokongan 22,770 undi untuk setiap satu kerusi yang ditandinginya
·         PAS — 22,375 undi/kerusi
·         DAP — 34,044 undi/kerusi
DAP lah yang paling berjaya berbanding rakan-rakan sepakatnya.
Nyata sekali undi popular sebenarnya diraih DAP dengan menaiki gelombang tsunami Cina.
Sebanyak 36 daripada 38 buah kerusi Parlimen yang dimenangi DAP adalah di kawasan yang mana pecahan pemilih Cina mengatasi pemilih kaum-kaum lain.
Hanya dua orang sahaja calon DAP, iaitu Sakmongkol dan Anthony Loke – yang tidak menang di kawasan di mana pemilih Cina lebih ramai daripada pemilih kaum lain (rujuk jadual di sini).
Kesimpulan: Kemenangan Parlimen DAP adalah 95 peratus di kawasan majoriti Cina atas sumbangan tsunami Cina.

Betul ada jurang Rural-Urban

The Star begitu beriya-iya menekankan bahawa kemenangan Pakatan pada tempoh lebih wajar dikenali sebagai “tsunami Malaysia” dan juga kononnya ia disebabkan jurang pemisah Bandar-Luar Bandar.
Baik lah. Kita harus mengucapkan tahniah kepada The Star atas pencapaiannya mempengaruhi undi orang bandar.
Di bawah ialah perangkaan menunjukkan edaran The Star dan Utusan untuk bulan Januari hingga Jun 2012 mengikut penyata badan Audit Bureau of Circulations.

Memang betul akhbar Utusan dibaca orang kampung.

Star bandar, Utusan kampung Melayu

Edaran Utusan di Kelantan ialah 9,725 naskah sehari berbanding The Star 1,766. Suratkhabar Melayu itu juga lebih popular di Terengganu (7,617) manakala edaran suratkhabar Kristian Jerusubang itu hanya 1,542 naskah.
Edaran Utusan di Perlis hampir empat kali ganda The Star.
Keadaannya sebalik pula di kawasan bandar. Di Wilayah Persekutuan, edaran The Star (83,014) tiga kali lebih besar Utusan (27,617); di Selangor, The Star (92,192) berbanding Utusan (37,294) dan di Pulau Pinang, The Star (31,981), Utusan (8,614).
Akhbar The Star banyak dibaca di negeri-negeri di mana Pakatan mendapat undi paling banyak.
Malah The Star lagi laris jualannya daripada Sin Chew di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang.

Kesimpulan: Negeri di mana Umno menang, Utusan laris. Negeri di mana DAP menang, The Star laris.

Isu Boikot Produk Cina.. nampaknya bilionair DAP akan rugi berkandaq..!!!




baru gua tau... selama nih memang gua tak tau... pasai isu boikot produk Cina nih menyebabkan baru gua tau... huh... kalu tidak selamanyer la gua tak tau pasai benda nih... aper daaa...


1. Robert Kuok yang pegang AP Gula tue aderlah orang DAP..
2. Teh Hong Piow yang pegang Public Bank tue aderlah orang DAP..
3. Quek Leng Chan yang pegang Hong Leong tue aderlah orang DAP..
4. Lee Shin Cheng yang pegang IOI tue aderlah orang DAP..
5. Lim Koh Thay yang pegang Genting tue aderlah orang DAP..
6. Yeoh Tiong Lai tue aderlah orang DAP..
7. Vincent Tan tue aderlah orang DAP..
8. Thiong Hiew King tue aderlah orang DAP..

Pergh.... ramainyer bilionair kat Malaysia nih orang DAP... patut la senang betul diorang dapat AP dan pelbagai lesen selama nih... eerrr... Saper aaa yang bagi diorang AP dan lesen aaa.. macam mana orang "DAP" nih boleh dapat subsidi GAS yang berbilion daripada Petronas... pergh...

Hebat lar orang DAP nih... diorang memang nak kongker Malaysia.... betul-betul hebat... sampaikan semua benda diorang boleh dapat... even yang kat celah kelangkang Melayu pon diorang boleh dapat.... hahaha....



Err.... Siapa Menteri Kewangan aaaa selama nih? Siapa Menteri Perdagangan aaa selama nih? Siapa Menteri MITI aaa selama nih? Oo.. selama nih semua Menteri tue aderlah orang Cina gak... pasai tue la Cina DAP senang nak dapat segalanyer... lagipon Perdana Menteri Malaysia bukan ker berbangsa Cina... pasai tue la senang nak luluskan semuanyer selama nih... hahaha...

Sesama Cina kan... hahaha...



Kesian... takder sorang pon yang kaya nih orang Cina MCA atau GERAKAN... kesian sungguh lar... semua Cina nih aderlah Cina DAP... hebat... Lu ada otak, lu sendiri fikir... Hahaha..