Apa kecoh-kecoh ni Dong Zong?
Semua orang tahu bahawa Dong Zong
ialah sebuah pertubuhan rasis Cina. Sebelum ini mereka buat kecoh kerana
Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Mary Yap tidak fasih berbahasa Mandarin. Dong
Zong kata orang Cina yang tak fasih berbahasa Mandarin TIDAK LAYAK untuk
menguruskan hal ehwal sekolah Cina.
Dong Zong, jawatan Timbalan Menteri
Pendidikan BUKAN untuk uruskan hal ehwal sekolah Cina sahaja. Jawatan itu untuk
uruskan hal ehwal pendidikan diSELURUH Malaysia!! Apa hak Dong Zong
nak tetapkan syarat untuk pelantikan jawatan Timbalan Menteri Pendidikan?
Sekarang mereka buat kecoh lagi. Kali
ini mereka menghalang pelajar-pelajar SM Chong Hwa Kuantan untuk menduduki
peperiksaan UEC, iaitu sijil sekolah menengah Cina setaraf SPM.
Mengapa pelajar tersebut dihalang
menduduki peperiksaan UEC?
Boleh baca sendiri laporan berikut:
Persekutuan Lembaga Pengurusan
Sekolah Cina Pahang, yang mendapat kelulusan pada tahun lepas untuk membina SM
Chong Hwa, telah menegaskan bahawa ia adalah sekolah bebas Cina dan akan
mengamalkan "model dwi-track" untuk membenarkan para pelajar untuk
menduduki kedua-dua peperiksaan SPM dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Walau bagaimanapun, Dong Zong tidak
bersetuju kerana prasyarat kontroversi bahawa ia harus menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar dan menerima kurikulum kebangsaan.
Dong Zong juga menegaskan bahawa ia
tidak akan membenarkan pelajar Chong Hwa untuk menduduki UEC.
Timbalan Presiden Dong Zong, Chow
Siew Hon berkata membenarkan pelajar sebuah sekolah bukan tipikal persendirian
Cina untuk menduduki UEC, yang adalah pemeriksaan tertutup, akan menjejaskan
masa depan 60 sekolah-sekolah Cina.
TUUU DIAAA!!
Alasan Dong Zong untuk menghalang
pelajar SM Chong Hwa menduduki peperiksaan UEC semata-mata kerana mereka
belajar dalam Bahasa Melayu dan menerima kurikulum kebangsaan. Dong Zong mahu
pelajar sekolah menengah Cina belajar 100% dalam bahasa Cina, langsung tak
boleh guna Bahasa Melayu!! Kurikulum pula mestilah menggunakan kurikulum Dong
Zong yang mengagungkan Cina dan tak boleh guna kurikulum kebangsaan yang
memupuk perpaduan!
Kawan-kawan boleh tengok sendiri
betapa rasisnya Dong Zong yang juga merupakan tulang belakang DAP. Belajar
dalam Bahasa Melayu tak boleh, kena belajar dalam Bahasa Cina sahaja. Belajar
kurikulum kebangsaan tak boleh, kena belajar kurikulum Cina Dong Zong sahaja.
Sekarang siapa yang sebenarnya rasis?
No comments:
Post a Comment