Friday 5 July 2013

Zamkata Cina pulaukan pimpinan Melayu, Melayu pulaukan barangan Cina, salahkah?

Mengikut blogger Syed Akbar Ali:

“You can see very, very clearly that the Pakatan Rakyat has won the popular vote in those States with large Chinese populations ie Penang, Perak and Selangor plus WP Kuala Lumpur.”
Sebenarnya Pakatan menang di empat negeri yang mempunyai “large Chinese [voting] populations” atas dasar masyakarat Cina mendaftar dengan jauh melebihi nisbah mereka sebagai pecahan penduduk (contohnya di Pulau Pinang, Cina adalah 45.6% penduduk tetapi 53.4% pengundi).
Kajian SAA boleh dibaca di blognya hari ini.
Kesimpulan: Tak lain dan tak bukan, ia tsunami Cina yang memenangkan undi popular bagi pihak pembangkang.

Kemenangan DAP 95% di kawasan majoriti Cina

Dalam PRU13, PKR bertanding 99 kerusi Parlimen dan mengutip sejumlah 2,254,328 undi semua sekali.
PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan memperoleh 1,633,389 undi kesemuanya.
DAP yang bertanding 51 kerusi Parlimen berjaya mengumpul 1,736,267 undi.
Andaikata kita membuat kiraan purata, maka
·         PKR mendapat sokongan 22,770 undi untuk setiap satu kerusi yang ditandinginya
·         PAS — 22,375 undi/kerusi
·         DAP — 34,044 undi/kerusi
DAP lah yang paling berjaya berbanding rakan-rakan sepakatnya.
Nyata sekali undi popular sebenarnya diraih DAP dengan menaiki gelombang tsunami Cina.
Sebanyak 36 daripada 38 buah kerusi Parlimen yang dimenangi DAP adalah di kawasan yang mana pecahan pemilih Cina mengatasi pemilih kaum-kaum lain.
Hanya dua orang sahaja calon DAP, iaitu Sakmongkol dan Anthony Loke – yang tidak menang di kawasan di mana pemilih Cina lebih ramai daripada pemilih kaum lain (rujuk jadual di sini).
Kesimpulan: Kemenangan Parlimen DAP adalah 95 peratus di kawasan majoriti Cina atas sumbangan tsunami Cina.

Betul ada jurang Rural-Urban

The Star begitu beriya-iya menekankan bahawa kemenangan Pakatan pada tempoh lebih wajar dikenali sebagai “tsunami Malaysia” dan juga kononnya ia disebabkan jurang pemisah Bandar-Luar Bandar.
Baik lah. Kita harus mengucapkan tahniah kepada The Star atas pencapaiannya mempengaruhi undi orang bandar.
Di bawah ialah perangkaan menunjukkan edaran The Star dan Utusan untuk bulan Januari hingga Jun 2012 mengikut penyata badan Audit Bureau of Circulations.

Memang betul akhbar Utusan dibaca orang kampung.

Star bandar, Utusan kampung Melayu

Edaran Utusan di Kelantan ialah 9,725 naskah sehari berbanding The Star 1,766. Suratkhabar Melayu itu juga lebih popular di Terengganu (7,617) manakala edaran suratkhabar Kristian Jerusubang itu hanya 1,542 naskah.
Edaran Utusan di Perlis hampir empat kali ganda The Star.
Keadaannya sebalik pula di kawasan bandar. Di Wilayah Persekutuan, edaran The Star (83,014) tiga kali lebih besar Utusan (27,617); di Selangor, The Star (92,192) berbanding Utusan (37,294) dan di Pulau Pinang, The Star (31,981), Utusan (8,614).
Akhbar The Star banyak dibaca di negeri-negeri di mana Pakatan mendapat undi paling banyak.
Malah The Star lagi laris jualannya daripada Sin Chew di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang.

Kesimpulan: Negeri di mana Umno menang, Utusan laris. Negeri di mana DAP menang, The Star laris.

No comments:

Post a Comment