Friday 5 July 2013

BOIKOT PRODUK CINA DAP BOLEH JATUHKAN EKONOMI MALAYSIA?

Sunday, June 2, 2013




Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Bila timbul seruan untuk rakyat Malaysia memboikot produk DAP maka melatahlah geng-geng DAP kononnya seruan ini akan mengakibatkan kejatuhan ekonomi Malaysia.

Boleh baca sendiri laporan dari portal pro pembangkang Malaysian Insider.

Boikot 'Perkauman' Akan Menakutkan Pelabur, Menghalang Pembaharuan Ekonomi

Putrajaya tidak boleh menutup mata kepada seruan oleh kumpulan-kumpulan Melayu untuk memboikot perniagaan Cina kerana kempen tersebut boleh menggelincirkan pelan transformasi ekonomi kerajaan yang seterusnya dapat melambatkan pertumbuhan Malaysia, demikian amaran yang diberi pemimpin korporat dan pakar ekonomi.

Dewan Perniagaan Cina serta pakar ekonomi Yeah Kim Leng, berkata kerajaan persekutuan perlu campur tangan segera untuk menghalang kempen tersebut yang digambarkan sebagai "tidak sihat, kebudak-budakan dan berunsur perkauman" dari terus merebak .

"Bagi perniagaan yang mengalami pemulauan itu, ianya boleh menjejaskan pendapatan negara, dan menjejaskan pertumbuhan serta membuat banyak orang kehilangan peluang pekerjaan, "katanya.

Tan Poh Seng, anggota majlis kebangsaan di Dewan Perniagaan Cina dan Industri Malaysia (ACCCIM), berkata Hasan (Menteri KPDN) perlu mengambi tindakan tegas untuk menamatkan apa yang beliau label sebagai langkah "perkauman" dan "kebudak-budakan".

TU DIAAA!!!

DAP dah terasa kesannya kempen boikot barangan DAP sampai terpaksa merayu kepada KPDN untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang menjalankan kempen ni yang mereka tuduh sebagai  RASIS, TIDAK SIHAT DAN KEBUDAK-BUDAKAN.

Lepas tu untuk menakutkan rakyat, diorang temberang kononnya boikot ni akan menjejaskan ekonomi negara.

Betul ke?

Kalau kempen boikot produk DAP ni RASIS, TIDAK SIHAT DAN KEBUDAK-BUDAKAN, macam mana pulak dengan kempen ni?


 Ni kempen BOIKOT GARDENIA yang dah lama dijalankan oleh geng-geng Pakatan & DAP. Kempen minta supaya jangan dibeli produk Melayu dan beli produk Cina sebagai ganti. 

Kempen ni tak RASIS ke? Kempen ni tak KEBUDAK-BUDAKAN ke? Kempen niSIHAT ke?

Mengapa tiada langsung suara mengutuk kempen ni dalam portal-portal pro pembangkang? Tapi bila produk DAP kena cuti sikit, terus melenting?

Aku nak sentuh juga ulasan dangkal orang yang kononnya pakar ekonomi:

"Bagi perniagaan yang mengalami pemulauan itu, ianya boleh menjejaskan pendapatan negara, dan menjejaskan pertumbuhan serta membuat banyak orang kehilangan peluang pekerjaan, "katanya.

OK. Mari sini aku tolong jawab amaran pakar ekonomi DAP ni.

Bila aku tak pergi minum kopi kat Old Town White Coffee kepunyaan pemimpin DAP Nga Kor Ming, tak bermakna aku tak pergi minum langsung. Aku masih minum kopi tapi kat kedai Melayu. Jadi, duit aku masih masuk dalam ekonomi negara. Jadi tang mana boleh menjejaskan pendapatan negara dan menjejaskan pertumbuhan tu?

Lepas tu mari kita cakap pasal orang hilang kerja. Bila bisnes Melayu bertambah maju sebab pelanggan dah ramai beralih kepada mereka, maka mereka akan tambah pekerja. Jadi, pekerja dari perniagaan DAP yang dah kurang bermaya boleh pindah kerja ke bisnes-bisnes Melayu. Jadi jumlah pekerjaan tetap tak terjejas malah mungkin akan meningkat.

Macam ni je pakar ekonomi DAP? Kalau setakat logik macam tu, tak payah la belajar tinggi-tinggi, orang tak masuk universiti pun senang-senang boleh patahkan!!


Apa kecoh-kecoh ni DAP?

No comments:

Post a Comment